29 September 2018

KEBAIKAN FERNLEAF UHT SUSU 100% DARI NEW ZEALAND!

Assalamualaikum. 


Korang tengah cari susu untuk jadikan minuman harian? Fernleaf salah satu susu yang korang patut cuba. Sebab Fernleaf ni ada khasiat yang bagus untuk semua orang.

Susu Fernleaf diperbuat dari lembu tenusu dan dijaga oleh peladang di New Zealand. Btw, New Zealand adalah negara yang terbaik di dunia untuk hasilkan susu. Haa, bayangkan betapa bagusnya susu Fernleaf ni. Peladang di sana juga ada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. So, korang tak perlu was was dengan isi kandungan susu ni. 

Setiap peringkat untuk penghasilan susu ni dijaga dengan penuh dedikasi bermula daripada air bersih, rumput yang berkualiti tinggi hingga produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. Hasilnya, susu Fernleaf ni ada sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain tu, mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin A, vitamin D dan protein berkualiti tinggi.

100% Mmmm!
My favourite flavour, chocolate !😍

Lembu tenusu di New Zealand menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari cerah tanpa terkurung dalam kandang. Secara tak langsung, lembu menghasilkan susu secara semula jadi tanpa penggalak susu dan apa yang penting, susu tersebut mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi.


 So, susu Fernleaf ni memang sesuai sangat untuk kita semua lagi-lagi bila susu ni takda bahan lain. Mesti jatuh cinta dengan susu Fernleaf ni! 💕
Belum cuba belum tahu, dah cuba mesti nak lagi!

Lepas ni memang aku nak recommend kat family aku untuk consume susu Fernleaf ni sampai bila-bila. 

#FernleafUHT
#100Mmmm

Minggu Interim di UiTM Dungun 2018 II

Asssalamualaikum. Hari ni aku nak cerita life aku dekat UiTM Dungun. Btw, aku daftar ni bukan lah terus mula semester 1. Sebulan stay kat sana then cuti 3 minggu. Bulan 9 nanti baru start semester 1. Sebulan yang aku stay tu, dipanggil minggu interim. Kiranya macam persediaan untuk pelajar baru untuk sesuaikan diri dengan suasan UiTM. Yelah, universiti dengan sekolah jauh berbeza! Kat uni lah korang kena explore sendiri tau. Kena berdikari lah cari dewan kuliah, makmal komputer, library and lain-lain. 

Tapi, untuk tahun ni. Batch aku, takde Minggu Destini Siswa(MDS). UiTM lain ada je MDS ni tapi UiTM Dungun tak buat. So, kitaorang takde lah kena jerit dengan senior-senior yang ada. Hahaha. Takde lah, PANTAS SISWA! PASTAS SISWI! And kitaorang punya jadual banyak masa free. Haa, tu yang syok woo! Hahaha. Kalau based on kawan-kawan aku cerita seminggu MDS tu, memang barai habis mata. Tak cukup tidur. Sampai ke malam program nya. Tapi aku tak! Hahaha. Jadual aku sampai petang je then malam free.

Ada lebih kurangnya lah aku takde MDS ni. Lebih dia, waktu malam tu free. Boleh rileks lepak cafe, tengok tv. Tak kalut nak bangun pagi tu. Tidur pun cukup. Kekurangan dia, takde senior yang boleh guide kitaorang kat sana. Haa, yg ni memang mencabar jugak sebab UiTM tu kan boleh tahan besar and luas. Nak kena cari sendiri mana dewan, makmal, pejabat semua tu. Memang batch aku kali ni survive tanpa bantuan senior lah. Harapkan peta yang kitaorang dapat masa daftar or tanya staff yang ada. Tapi, 

Haaa, bangga jap. Hahaha. Alhamdulillah dapat komen positif. 

Ni peta yang aku dapat.

So, aku terus mula dengan minggu interim tapi ada selit jugak MDS dalam sebulan ni. Cuma MDS just ceramah dalam 2 jam or lebih then bersurai. TAPI, KEHADIRAN memang WAJIB. 

Sekali lagi, aku bgtau, aku dapat course {BA118} Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau singakatannya OM. Course aku paling ramai perempuan. Total student dalam course aku maybe dalam 200 lebih. Kitaorang dibahagikan dalam 7 kelas. Setiap kelas ada dalam 30 orang. BA1181G. Tu nama kelas aku. 

Classmates aku. Ada 3 kumbang jaa. Hahaha.

Untuk minggu interim, still ada assignment. Aku ingat takde. Hahaha. Modul Changemakers. Assignment yang kitaorang kena buat, bina satu prototaip untuk setiap tajuk yang kitaorang pilih. Haaa, memang kena kreatif, kerjasama semua ahli untuk buat benda ni. Kesimpulannya, kumpulan aku kalah. Sekian. Hahaha.

Modul yang kedua, Study Skill. Yang ni ada 2 assignment. First, kena buat video 10min tentang 5 tempat menarik di UiTM Dungun ni. So, alhamdulillah aku dapat kerjasama yang baik dari ahli kumpulan aku dan ada yang pandai bab ngedit-ii ni. Thanks gais! Btw, ni video kumpulan aku

Feel free to watch :D

Yang kedua, kena buat portfolio. Sediakan satu fail kulit keras warna putih, then buat summary utk every week, letak semua bahan yang kitaorang dapat dalam kelas Study Skill. Portfolio kena hantar minggu terakhir interim. Kalau yang jenis tangan seni, memang warna-warni lah portfolio dia. Aku punya beshe beshe je. Hihihi.

Eh, lupa pulak. Kan UiTM Dungun takde MDS, so aku boleh tahan frust lah sebab tak pakai baju putih dengan kain hitam tu. Hahaha. Tapi bukan aku sorang je tau. Kebanyakan student kat sana pun memang frust. Yelah, dah bawak tapi tak pakai. Nasib baik ada jugak pakai baju tu. Dengan senang hati nya aku dengan kawan aku. Hahaha


Wawa n Wani



UiTM Dungun kan terkenal dengan pantai yang ada betul-betul kat depan UiTM. So, petang-petang aku melepak dengan kawan aku kat pantai. Atau korang boleh jog pagi-pagi tu. Udara pagi best woo! 


Sekian sahaja cerita aku sepanjang minggu interim selama sebulan. Nak cerita panjang lebar memang takkan habis lah kan. Btw, doakan aku dapat anugerah naib canselor untuk diploma aku ni ya. 

07 September 2018

Minggu Interim di UiTM Dungun 2018 I

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku dapat tawaran belajar kat UiTM Dungun dalam Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Tarikh daftar 14/7. So, persiapan semuanya aku refer blogger yang update pasal uitm ni. Based apa yang dieorang tulis, UiTM buat Minggu Destini Siswa(MDS) untuk pelajar baru. Kiranya macam orintasi lah. Haa, gitu. Untuk MDS, kena ada pakaian yang ditetapkan. 
Siswa : Kemeja putih, seluar slack hitam
Siswi : Baju kurung putih, kain dan tudung hitam

Image result for list barang perlu dibawa masuk uitm 
Haa, yang atas tu, korang boleh jadikan rujukan lah. Senang. Aku pun gunakan yang tu.

Tarikh 14/7, aku dengan excited plus nervous bertolak dari KT 7pagi. Amik masa dalam sejam or sejam setengah ke Dungun. 
Dah sampai kat area golf ke hotel uitm, dah start jem. Haa, boleh bayang tak? Aku ingat aku sorang je yang datang awal sebab nak cop katil single. Hahaha. Kalah jem kat KL. Serious! Hahaha. Lama gak stuck kat jem tu. 

Tadaaaa! Here i'am. UiTM Dungun. 

Dah masuk dalam kawasan uitm, memang blur lah. Dah lah jem. Tak tau nak pergi mana. Ikut je lah jem tu bawak aku pergi mana. Hahaha. 
So, bila stuck dekat masjid, aku turun then jalan kaki. Ikut je orang ramai jalan kaki. Rupanya, aku jalan kaki pergi kolej redang. Nak daftar kolej. Memang peluh wei. Jauh bak hang. Daftar kat kafe redang. Masuk kafe, beratur then dapat kunci bilik terus pergi bilik aku dengan pantas. Hahaha. Alhamdulillah aku dapat katil single. Sementara tu, aku tunggu mak abah aku sampai sebab jem teruk kan. Dah lama tu, baru sampai and terus park kerata bawak naik barang.



Kolej Redang untuk pelajar perempuan. Kecuali Redang 1 untuk perlajar lelaki. Kolej Redang ada 1-5. Paling jauh, bagi aku, redang 3, kolej aku lah tu. Fuhh, boleh tahan lah nak menapak tu. Based peta yang korang tengok kat atas tu, haa bayangkan setiap hari jalan kaki pergi kelas. Huhuhu. Mula-mula memang letih. Tapi lama-lama biasa dah lah.

Setiap kolej ada cafe, dont worry. Macam-macam makanan ada. Wi-Fi pun ada. Cuma korang kena register dulu lah.

Nanti aku update sambungannya. Okay, bye!

01 May 2018

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah




Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.

28 April 2018

Menang Giveaway High Cultured

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit yang aku menang GA dari High Cultured 2x tau! Rezeki sungguh :D
First, aku menang GA untuk bomber jacket kat FB. Dapat mesej dari High Cultured, menjerit aku suka! Dengan segera, aku email detail yang dia. Nampak tak gelojoh dia? Hahaha.





Dapat dapat, terus pakai. Tak kisah dah terik tu. Hahaha. Nanti aku OOTD elok-elok lah pakai bomber jacket tu. Btw, kat jacket ni ada patches. Tang lengan dengan depan. Selesa pakai bomber jacket ni. 

Kali kedua, High Cultured buat GA. Kali ni untuk totebag pulak. Aku menang kat IG. Tak expect langsung tau menang ni. 


Kain dia tebal tau. Canvas kan. Quality dia bagus lah. Boleh letak banyak barang. Bolelah aku buat nak pegi study nanti. Ecewahhh. Hahaha. Totebag ni lebar. 

Rezeki sungguh aku kali ni. Jarang aku menang GA. Dari page yang sama pulak tu. Lepas ni aku pulun lah GA yang ada. Hahaha.  
 Doakan aku menang GA lepas ni ya. Hehehe.

20 April 2018

Birthday Gift di Printcious


Assalamualaikum..

Susah nak cari hadiah hari jadi? Lagi-lagi untuk kekasih hati.. Kali ni aku nak share dengan hangpa, dekat mana nak cari hadiah hari jadi yang special. Nak tahu sebab apa special? Sebab kita bole create hadiah tu. Macam-macam ada weh. Antaranya mug, magic mug, pillow, t-shirt. Banyak lagi lah! And semua tu boleh hias ikut citarasa kita or pasangan kita lah. Baru bermakna kan hadiah tu? Makin sayang kekasih hati kat kita. Cewahhhh.. Hahaha.

Hangpa boleh beli di Printcious. Bukan setakat hadiah hari jadi, hadiah ulang perkahwinan, wedding, macam-macam lagi lah! Tapi sebelum tu, kena daftar sebagai member dulu tau. Baru boleh order.

 Looking for the best gift for boyfriend? 


Macam-macam adaaaaa.. Semuanya lovey dovey 
Memang akan rambang mata lah hangpa. 


 Hangpa boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati. Then, bole tekan start designing. So, let's start hias hadiah untuk boyfriend ! 




Text tu hangpa boleh tukar. Up to you lah. Nak tulis apa pun. Contoh, Happy Birthday, I Love You and so on. 
Text colour,jenis font semua nya atas hangpa. See? Memang puas hati lah nak hadiahkan untuk boyfriend hangpa. Unik dan spesial. 
Untuk photo pun, hangpa boleh pilih dan letak kat pillow tu. Ada 2 side tau pillow ni. So, pandai-pandai lah hias ya. 

Okay, ni contoh yang aku buat. Lepas dah siap edit, puas hati dengan hasil sendiri, tekan DONE . Then, add to chart. 

Btw, printcious ni selalu buat offer and bagi code voucher. So, kalau kena time hangpa nak beli dengan offer yang printcious tengah buat, memang jimat lah kan? Hahaha 😄
Untuk pengeposan, amik masa dalam 3-7 hari bekerja. 
And, money back guarantee kalau item hangpa pecah during delivery. 
So, tak payah nak ragu-ragu dengan printcious tau. Memang 100% akan puas hati ! 
Tunggu apa lagi?! Cepat-cepat pi terjah printcious! 

If you are looking for door gifts idea for guests, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming family event and would like to impress your guest, family day photo booth is your best entertainment.”

28 March 2018

Farewell Party

Assalamualaikum

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature

Alkisahnya, kawan aku ajak pergi tengok wayang petang tu. So, kalau nampak aku pakai warna lain dari diaorang. Warna BIRU theme bagi party ni sebab tu warna fav aku . Hehehe.. 


Video huru hara.. Hahahaha..

Image may contain: 1 person, smiling, food
First time dapat bungaaaaaaaa. Terharu okay!



Best friends 


  Image may contain: 8 people, including Suriani Azlin Samsudin, people smiling, child and outdoor




Image may contain: Suriani Azlin Samsudin and Ina Lia, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, tree, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature  Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, tree, outdoor and nature

Image may contain: Ina Lia and Nur Allia, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature  Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, tree, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, tree, outdoor and nature  Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature

 

Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature  Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature

Kumbang-ii yang sanggup turun padang untuk aku. Terima kasih banyak kawan-kawankuuuuuuu...

 Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, people standing, tree, outdoor and nature   Image may contain: 2 people, including Ina Lia, people smiling, people standing, tree, sky, outdoor and nature

No automatic alt text available.  
Hadiah dari gegirl aku.. Thank youuuuuu babe!