02 October 2020

PG MALL - 10.10 DOUBLE DIGIT SALES COFFEE WEEK AND "KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA''

 Assalamualaikum


Kali ni aku nak share dengan korang mengenai talian beli belah di platform PG MALL sebab kali ni PG Mall ada sale yang menarik untuk kita semua!

Sebelum tu aku akan share serba sedikit tentang PG Mall dekat korang semua.

PG Mall adalah satu platform jualan dalam talian atau e-commerce platform. PG Mall dilancarkan pada tahun 2017 dan merupakan No.1 E-commerce platform di Malaysia dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.

PG Mall juga tersenarai dalam top 3 laman web e-dagang di laporan wawasan Iprice (https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/)

Korang tak perlu risau cara nak bayar di PG Mall kerana PG Mall terima semua pembayaran secara e-wallets dan gateaway.

Ada berita gembira untuk kita semua! PG Mall akan adakan 10.10 sale pada 10 Oktober 2020.

Sale 10.10 menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan mereka. Salah satu nya ialah potongan sehingga 80%, bukan sikit tau. Banyak kita boleh jimat.

Korang juga dapat potongan 10% dengan pembelian serendah RM10. Selain itu, penghantaran percuma untuk pembelian bermula dengan RM30

Sepanjang 28 Sept 2020 hingga 5 okt 2020 PG Mall adakan Coffee Week iaitu dengan potongan harga RM20 dengan pembelian minumum RM60. Terhad kepada 5000 penebusan pertama.

Kod kupon yang perlu digunakan ialah PGCOFFEE. 

Penghantaran percuma juga diberikan dengan pembelian serendah RM40. Terhad kepada 1000 penebusan pertama.

Kod kupon yang perlu digunakan ialah PGCFREE.

Korang boleh klik link ni untuk tahu lebih lanjut mengenai Coffee Week ni https://pgmall.my/coffeeweek



PG Mall juga ada sediakan satu bahagian iaitu PROUDLY LOCAL untuk memudahkan kita support beli barang tempatan dengan hashtag #BarangBaikBarangKita. 

Slot ini dibuka dari Julai hingga Disember sahaja so jangan lepaskan peluang. Banyak barangan rumah yang ada di slot itu dengan tawaran harga yang berpatutan.

So jangan lepaskan peluang! Jom kita shopping!

https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=606

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline 

#ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1010sale #coffeeweek 

Website:  https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=606

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/


17 September 2020

REUNION CLASSMATES KOMSTAR

 Assalamualaikum gais, welcome back to my blog! Hehehe. Sudah sekian lama aku menyepi kini aku kembali dengan kenangan yang aku nak share dengan korang semua. Yes, korang yang tengah singgah blog aku hahaha. 

Macam yang kita semua tahu, tahun 2020 banyak dugaan untuk satu dunia sebab kes Covid-19 kan so kita kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari bulan Mac sampai April tak silap aku then sambung dengan PKPB dan seterusnya lah.

Setelah sekian lama terkurung dekat rumah, member sekolah aku plan nak buat BBQ bulan Julai memandangkan semua ada kat rumah and tak masuk belajar lagi. Aku yang jauh ni mulalah nak sendu sorang-sorang sebab fikirkan aku tak boleh join kan sebab parents aku macam berat hati nak lepas aku turun Terengganu sorang-sorang.

Tapi atas dasar usaha member aku hahaha yang pujuk parents aku, alhamdulillah aku dapat turun Terengganu. Yeay! Last minit beli tiket bas wei hahaha. 

malam tu jugak gerak pegi terengganu hahaha




Seperti gambar diatas, dialah yang banyak tolong aku and dia kasi aku stay kat rumah dia sepanjang aku stay kat Terengganu. Famili Qiha is the best! 

  

Untuk first day, aku dengan Qiha lepak pantai since aku dah lama tak amik angin pantai. It's really refreshing! Pantai is the best! 

Esoknya, aku dengan tiga orang gegirls pegi beli barang utk BBQ.  
suriani-aku-qiha-qina

aku sempat jugak jumpa member sekolah aku yg sorang ni. last jumpa tak silap aku tahun 2019 haha punya lah payah nak ketemu
suriani-aku-shae-kirin








Classmates of 5Arif 2017 
[jasa baik abang Qiha sudi amikkan gambar kami, thank you!]

Setelah banyak rintangan nak dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, akhirnya dapat jugak. Ingat senang nak handle satu kelas ni? Hahaha

For last day aku kat ganu, dua ketul member aku ajak spend time selepas berbulan lamanya kitaorang communicate thru wasap and pubg. haaa pubg? since when aku main pubg kan? so stay tuned for next post aku akan share kebodohan aku and member aku dalam pubg haha



Thanks to dua ketul ni sebab sudi melayan aku hehe. Bawak jelah aku nak pi mana pun demi craving aku ni haha. Apa pun aku puas hati lah dapat jumpa semua member aku and lepak macam dulu even masing-masing busy dengan life masing-masing.

Video of our BBQ's Day 

Aku bersyukur sangat dapat member yang memang support aku tak kira apapun. They've help me a lot in this memories. 

You know who you are 💖 


03 November 2019

CARiNG Pharmacy and Nestlè Health Science - Live Well with Diabetes Public Forum


Sempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, CARiNG Pharmacy dengan kerjasama Nestlè Health Science telah mengadakan Forum Awam “Live Well with Diabetes” pada Sabtu, 2 November 2019 bertempat di Dewan Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana, Selangor Darul Ehsan.  Forum ini menekankan penjagaan kesihatan dalam aspek pegawalan pemakanan serta kesedaran mencegah dan mengawal penyakit diabetes.


Menurut laporan Kementerian Kesihatan pada tahun 2017, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dengan jumlah 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes. Angka ini membawa Malaysia kepada jumlah tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia. Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh juta rakyat Malaysia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025.



Forum awam "Live Well with Diabetes" telah dirasmikan oleh Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-bersama Cik Maria Rica Mier, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlè Health Science.



"Diabetis adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami, dan kami berbangga bahawa forum 'Live Well with Diabetes' ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perubahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan mereka," komen Pengarah Urusan CARiNG Encik Chong Yeow Siang berhubung kejayaan program cabaran tersebut.




peserta cabaran glucocare berkongsi pengalaman beliau sepanjang cabaran dijalankan

Antara tarikan utama forum ini adalah acara Cabaran Glucocare dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran selama tiga bulan  merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah berterusan dan perancagan pemakanan yang direka khusu yang turut mengandungi NUTREN® Untuk Diabetik keluaran Nestlè Health Science.

Para pengunjung diberi peluang untuk memahami dan mempelajari tentang peranan nutrisi dalam pengurusan diabetes menerusi stesen-stesen pembelajaran yang ditempatkan di serata dewan. Setiap stesen menempatkan satu tema spesifik untuk mendidik hadirin tentang pemakanan, nutrisi dan senaman.






CARiNG juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan farmasi kepada orang ramai iaitu Sistem Pengurusan Diabetes CARiNG (DMS). DMS merupakan sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah. Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakit- pesakit untuk menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna.

Untuk maklumat lanjut boleh layari

https://caring2u.com/

atau

https://www.nestlehealthscience.my/

14 October 2019

KARISMA XXVI 2019 UITM CAWANGAN SELANGOR

Assalamualaikum.  Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku untuk pertama kali nya aku main sukan wakil UiTMCT.  Tak pernah sebelum ni dalam sekolah aku main sukan wakil apa-apa pun. Hahaha.  So, sukan yang aku main ni namanya Petanque.  Maybe ada yang tak pernah dengar nama sukan ni 😂 sebab sukan ni tak lah popular macam bola sepak, bola jaring dsb.  Tapi sukan ni sampai peringkat dunia pun ada tau. Haaa jangan pandang sebelah mata ya hahahaha.  Okay, cerita dia macam ni.  Dalam bulan April/Mei ada satu pertandingan petanque kat uitm bukit besi untuk student uitm terengganu.  So, aku pun cuba lah join sebab nak hilang bosan((aku tak aktif masuk uitm))

Itu pertama kali aku main petanque seumur hidup hahaha.  Ada sebelum ni zaman sekolah tapi tu main ala kadar.  Tak pernah lah main untuk pertandingan.  Waktu pertandingan tu, memang aku main-main hahaha sebab aku nak have fun je and nak tambah kawan.  Rezeki aku and partner aku, kitaorang dapat tempat-3.  Dapat hamper! Yeay! Hahaha.


Aku dimaklumkan yang pertandingan tu diadakan sebab nak cari pemain petanque wakil UiTMCT untuk Karisma bulan Ogos nanti.  Btw, pemenang tempat johan dan naib johan memang budak karisma tak silap aku.  So, memang aku tak boleh beat diaorang lah kan?😂 So, aku pun lupa lah pasal Karisma sebab aku takde kaitan kan? Hahaha

Suddenly, awal bulan Julai, Prof aku call tanya nak tak main Karisma.  Aku macam terkejut and teruja sebab sukan ni bagi aku macam besar sebab yeah lawan satu Uitm seluruh Malaysia.  Aku pun setuju sebab peluang depan mata kan? Rugi kalau aku tak grab peluang tu.

Tuan rumah untuk tahun ni UiTM Puncak Alam.  So, aku gerak sendiri dari rumah terus ke uitm.  Latihan sendiri untuk team aku memandangkan semua dah ada kat rumah masing-masing.
Dari rumah aku ke uitm dalam 30-40 min macam tulah.

Atlit Karisma ditempatkan Kolej Rafflesia untuk wanita dan Angsana untuk lelaki.  Aku dapat kolej Rafflesia 6.







kolej rafflesia not bad. selesa jugak lah. yang paling best modem wifi depan bilik kitaorang, so memang puas hati lah😍



ni team petanque terengganu ❤


ni partner aku untuk kategori double wanita ✌

ni gegirl petanque terengganu 💕

ni suasana game petanque di uitm shah alam



Team aku dapat bawak balik satu pingat dalam acara individu lelaki. Take rezeki nak bawak balik pingat nak tunjuk kat mak abah hahaha. Ada rezeki main lagi, kita try hard. Jia you! (chaiyok) 😂 







01 May 2019

KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!




Assalamualaikum semua. Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti. Hari ni aku nak share sikit tentang kisah seorang OKU yang berjaya atas kesungguhan beliau. Beliau tidak menganggap kecacatan beliau sebagai alasan untuk putus asa. Aku betul-betul tabik dengan semangat beliau. Nak tahu siapa orangnya? Beliau ialah Khairul Nizam pengasas Jamumall.

Jom lihat video pengasas Jamumall ni. Walaupun tidak sempurna, tapi masih tidak berputus asa. Kita yang sempurna ini perlulah jadikan beliau sebagai contoh untuk berjaya.



Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!



Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

10 March 2019

Kokurikulum Semester 2 di UiTM Dungun

Assalamualaikum. 

Agak lama blog ni menyepi. Hahahaha. Maklumlah busy lah katakan. Acahh sangat. Hahahahah.

Well sekarang ni aku baru masuk sem 2 sebagai pelajar uitm dungun. Kali ni aku nak cerita sikit lah mengenai kokurikulum di uitm. Haa jangan ingat dah habis sekolah menengah koko dah takde yee.

Tapi jangan risau. Koko kat universiti memang berbeza dari sekolah. Okay meh sini nak share sikit.

Kat UiTM ni, koko diwajibkan untuk pelajar semester satu hingga tiga sahaja. Kalau ikut jadual koko aku kat UiTM Dungun ni, koko untuk pelajar semester satu hari Isnin
semester dua hari Selasa 
semester tiga hari Rabu

Berbeza dari sekolah yang macam aku cakap ialah kat sekolah kita stick to one kelab, permainan dengan badan beruniform kan.

Tapi kat UiTM, ada sesetengah kelab yang kalau kita join, next semester kita boleh tukar.

Contohnya aku amik kesatria negara untuk sem satu, masuk sem dua aku boleh tukar nak masuk kelab apa yang diaorang offer. Tapi korang hanya boleh tukar kalau amik kesatria negara untuk semester satu. Kalau korang amik kesatria kembara, then sampai sem tiga lah kekal dalam kelab tu. Haaa gitu.

Kesatria negara tu apa? Bagi aku lah. Kesatria negara untuk sem satu kami hanya belajar kawad. Thats all. Hahahaha. Dari pukul 5 sampai 6/7 macam tulah. Memang burn lah muka ye anak anak sekalian. Hahahahaha

Kesatrian kembara pulak yang aku tahu diaorang belajar dalam kelas, ade assignment. Tak silap aku lah. Based on kawan aku cerita. Kalau ada salah mohon betulkan ya.

Back to our topic, for those yang nak tukar kelab untuk sem dua, amiklah kesatria negara untuk sem satu ye.

Sekarang ni aku dah sem dua and aku amik kelab takraw. Hahahahaha. Ko hadoo? Tak pernah kan perempuan main takraw. Cuba benda baru bossku. So, aku pun masuk kelab tu.




See? Aku cakap yang benar sih? Setakat ni not bad lah sebab kitaorang yang gegirl ni just duduk tengok boboy main takraw. Haaa nampak tak rileks dia. Hahahahaha 

Kalau korang masuk sukan lain, haa adalah main nya. Bola baling, bola tampar  bola jaring  badminton dll. 

So itu saja lah yang aku share pasal kokurikulum untuk sem dua aku kali ni. 

29 September 2018

KEBAIKAN FERNLEAF UHT SUSU 100% DARI NEW ZEALAND!

Assalamualaikum. 


Korang tengah cari susu untuk jadikan minuman harian? Fernleaf salah satu susu yang korang patut cuba. Sebab Fernleaf ni ada khasiat yang bagus untuk semua orang.

Susu Fernleaf diperbuat dari lembu tenusu dan dijaga oleh peladang di New Zealand. Btw, New Zealand adalah negara yang terbaik di dunia untuk hasilkan susu. Haa, bayangkan betapa bagusnya susu Fernleaf ni. Peladang di sana juga ada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. So, korang tak perlu was was dengan isi kandungan susu ni. 

Setiap peringkat untuk penghasilan susu ni dijaga dengan penuh dedikasi bermula daripada air bersih, rumput yang berkualiti tinggi hingga produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. Hasilnya, susu Fernleaf ni ada sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain tu, mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin A, vitamin D dan protein berkualiti tinggi.

100% Mmmm!
My favourite flavour, chocolate !😍

Lembu tenusu di New Zealand menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari cerah tanpa terkurung dalam kandang. Secara tak langsung, lembu menghasilkan susu secara semula jadi tanpa penggalak susu dan apa yang penting, susu tersebut mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi.


 So, susu Fernleaf ni memang sesuai sangat untuk kita semua lagi-lagi bila susu ni takda bahan lain. Mesti jatuh cinta dengan susu Fernleaf ni! 💕
Belum cuba belum tahu, dah cuba mesti nak lagi!

Lepas ni memang aku nak recommend kat family aku untuk consume susu Fernleaf ni sampai bila-bila. 

#FernleafUHT
#100Mmmm

Minggu Interim di UiTM Dungun 2018 II

Asssalamualaikum. Hari ni aku nak cerita life aku dekat UiTM Dungun. Btw, aku daftar ni bukan lah terus mula semester 1. Sebulan stay kat sana then cuti 3 minggu. Bulan 9 nanti baru start semester 1. Sebulan yang aku stay tu, dipanggil minggu interim. Kiranya macam persediaan untuk pelajar baru untuk sesuaikan diri dengan suasan UiTM. Yelah, universiti dengan sekolah jauh berbeza! Kat uni lah korang kena explore sendiri tau. Kena berdikari lah cari dewan kuliah, makmal komputer, library and lain-lain. 

Tapi, untuk tahun ni. Batch aku, takde Minggu Destini Siswa(MDS). UiTM lain ada je MDS ni tapi UiTM Dungun tak buat. So, kitaorang takde lah kena jerit dengan senior-senior yang ada. Hahaha. Takde lah, PANTAS SISWA! PASTAS SISWI! And kitaorang punya jadual banyak masa free. Haa, tu yang syok woo! Hahaha. Kalau based on kawan-kawan aku cerita seminggu MDS tu, memang barai habis mata. Tak cukup tidur. Sampai ke malam program nya. Tapi aku tak! Hahaha. Jadual aku sampai petang je then malam free.

Ada lebih kurangnya lah aku takde MDS ni. Lebih dia, waktu malam tu free. Boleh rileks lepak cafe, tengok tv. Tak kalut nak bangun pagi tu. Tidur pun cukup. Kekurangan dia, takde senior yang boleh guide kitaorang kat sana. Haa, yg ni memang mencabar jugak sebab UiTM tu kan boleh tahan besar and luas. Nak kena cari sendiri mana dewan, makmal, pejabat semua tu. Memang batch aku kali ni survive tanpa bantuan senior lah. Harapkan peta yang kitaorang dapat masa daftar or tanya staff yang ada. Tapi, 

Haaa, bangga jap. Hahaha. Alhamdulillah dapat komen positif. 

Ni peta yang aku dapat.

So, aku terus mula dengan minggu interim tapi ada selit jugak MDS dalam sebulan ni. Cuma MDS just ceramah dalam 2 jam or lebih then bersurai. TAPI, KEHADIRAN memang WAJIB. 

Sekali lagi, aku bgtau, aku dapat course {BA118} Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau singakatannya OM. Course aku paling ramai perempuan. Total student dalam course aku maybe dalam 200 lebih. Kitaorang dibahagikan dalam 7 kelas. Setiap kelas ada dalam 30 orang. BA1181G. Tu nama kelas aku. 

Classmates aku. Ada 3 kumbang jaa. Hahaha.

Untuk minggu interim, still ada assignment. Aku ingat takde. Hahaha. Modul Changemakers. Assignment yang kitaorang kena buat, bina satu prototaip untuk setiap tajuk yang kitaorang pilih. Haaa, memang kena kreatif, kerjasama semua ahli untuk buat benda ni. Kesimpulannya, kumpulan aku kalah. Sekian. Hahaha.

Modul yang kedua, Study Skill. Yang ni ada 2 assignment. First, kena buat video 10min tentang 5 tempat menarik di UiTM Dungun ni. So, alhamdulillah aku dapat kerjasama yang baik dari ahli kumpulan aku dan ada yang pandai bab ngedit-ii ni. Thanks gais! Btw, ni video kumpulan aku

Feel free to watch :D

Yang kedua, kena buat portfolio. Sediakan satu fail kulit keras warna putih, then buat summary utk every week, letak semua bahan yang kitaorang dapat dalam kelas Study Skill. Portfolio kena hantar minggu terakhir interim. Kalau yang jenis tangan seni, memang warna-warni lah portfolio dia. Aku punya beshe beshe je. Hihihi.

Eh, lupa pulak. Kan UiTM Dungun takde MDS, so aku boleh tahan frust lah sebab tak pakai baju putih dengan kain hitam tu. Hahaha. Tapi bukan aku sorang je tau. Kebanyakan student kat sana pun memang frust. Yelah, dah bawak tapi tak pakai. Nasib baik ada jugak pakai baju tu. Dengan senang hati nya aku dengan kawan aku. Hahaha


Wawa n Wani



UiTM Dungun kan terkenal dengan pantai yang ada betul-betul kat depan UiTM. So, petang-petang aku melepak dengan kawan aku kat pantai. Atau korang boleh jog pagi-pagi tu. Udara pagi best woo! 


Sekian sahaja cerita aku sepanjang minggu interim selama sebulan. Nak cerita panjang lebar memang takkan habis lah kan. Btw, doakan aku dapat anugerah naib canselor untuk diploma aku ni ya.