18 March 2016

Lukisan Sarah

Assalamualaikum...

Memandangkan skrg ni musim cuti n tak pergi holiday ke jalan-jalan. Duk terperuk je kat rumah😂 Adik aku((Sarah)) memang selalu tengok utube. Kecik-kecik dh reti main tenet😌  Petang tu aku tengok sarah ni bkan main khusyuk die menconteng. Dah lama die conteng tu, dengan muke bangga nya die panggil aku

sarah: dalina, tengok ni ! 
Die bagilah lukisan die. Aku terkedu. Terkejut. Semua TER adalah😂 
Gila comel lukisan die. Dengan mata yang besar lagi innocent. Ihiks ! 
Aku: Comel lukisan hang. Lukislah lagi.
Nak bg die semangat melukis sbb mmg aku nmpk die pamdai melukis. Mcm-mcm die lukis sebelum ni. Nanti aku share😉 btw, die buat kad utk kwn aku tau😂 kad besday. 

 
Tadaaaaa ! Nilah hasil nya. Kalau nampak ada name kat setiap lukisan tu, maksudnya die dah cop nak bg kat sape. Kalau korang nampak, nama paling banyak kat situ 'Aira'. BFF tu😜


Ce teka mana satu lukisan aku dengan sarah. 

That's all. Bye !

16 March 2016

Drama Uda & Dara


SINOPSIS UDA DAN DARA, 

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.” 



Tajuk: Uda & DaraPELAKON : Zul Ariffin, Siti Saleha, Idris Khan, Dilla Ahmad, Anis Al-idrus, Dynas Mokhtar, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Arash Mohd, Sherry Merlis, Nazia Mustafar, Atiqa Farhana, Shahrul Nizam, Balkisyh Semundur Khan, Putri Damia, Dania Syafi, Firdaus Ghufran, Amai Kamarudin, Shakilla Khoriri, Tash Yong