28 December 2013

Pencarian Bloglist 5 Bulan by Eka

Klik banner di atas kalau nak join :D

Hmm... Nak komen lebih-ii tak boleh sebab baru singgah blog ni. So, blog Eka sempoi la sangat.. Banyak buat banner free of charge tau.. Tak rugi follow blog ni.. Tu je lah nak komennye..

23 December 2013

Segmen : Jom Blogwalking


Klik banner diatas

Review Novel: Bukan Isteri Sempurna


Assalamualaikum.. Novel ni novel yang pertama aku dapat tandatangan penulis... Happy giler ! Tapi nama FD :( Takpelah asalkan dpt tandatangan... Cerita pun menarik .. Apalagi jom baca review aku..

Sinopsis Bukan Isteri Sempurna:
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”


Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”
Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”
“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”
Review dari aku:
Novel ni paling best sebab kisah dia memang sadis. Sob..sob.. Ihiks ! Kisah hidup Nina memang sedih. Kalau novel lain kahwin paksa sebab family tapi yang ni tak. Itu yang best. Tapi yang geramnye Danish. Eee.. dia punya watak dalam novel memang jahat. Sepanjang perkahwinan Nina n Daniel, Nina ni jenis yang malu so Daniel yang kena bertindak dulu. Waktu baca gelak, nangis, geram semua ade lah. Tapi an, kepercayaan Daniel kt Nina lepas dah berbaik, senipis bawang. Dia percaya bulat-ii apa yang dia dengar. Yang Nina pulak pasrah. Tak puas hati betul... Tak bolehlah nak cite semua kang korang tak beli pulak novel ni. Jom beli novel ni !! Tak rugi ponn... 

Review Novel: Dia Bukan Arissa

Assalamalaikum.. Novel ni gift dari kawan saya Syakirin sempena birthday saya yang ke-13. First hadiah berbentuk novel. Excited gilee sebab novel ni memang nak sangat tetibe kawan dah bagi. Memang terharulahh.. Ada sedikit review dari saya mengenai novel ni. Selamat membaca ...

Sinopsis Dia Bukan Arissa:

Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.


“Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba.


Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah!


Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang!

Review dari saya:

Arissa dan Arlisa. Sorang jahat sorang lagi baik. Hmm.. Kalau baik, baik sangat. Kalau jahat, jahat sangat. Si Arlisa ikut je cakap laki(kekasih Arissa) ni walaupun tak kenal. Cintakan abang ipar? Memang gila. Sape tak rase bersalah an. Tapi respect ar kat Arlisa. Dia boleh buat orang tak suke dengan dia boleh suke. Lagi haru bila Adam nak 'lebih-ii' dgn die. Kesiaan jugak kat Arlisa sebab kena tempuh dugaan smpai mcm tu skali. Tapi, keseluruhan cite nove ni..... Terbaik !!


22 December 2013

Review Novel: Perempuan Yang Paling Aku Cinta

Assalamualaikum.. Jempu baca review dari aku tentang novel ni..


Sinopsis PYAC:


Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.


Review dari aku:

First aku nak cakap yang novel acik lana memang best. Novel ni mengisahkan Bunga yang terlanjur dengan Karl. Habis madu dibuang sepah. Ayat tu memang sesuai dengan keadaan Bunga. Karl Hakimi bila tahu yang Bunga terseksa disebabkan dia, dia nak tebus balik tapi cara dia salah. Ada ke nak pujuk pergi buat benda yang tak sepatutnya kat Bunga. Eii.. geram jugaklah. Dah puas tak dapat pujuk Bunga, Karl pergi jumpa parents Bunga. Bayangkn yang Bunga pun dah teruk kena belasah inikan pulak Karl. Bukan semua orang boleh baca novel ni sebab novel ni Limited Edition. So, kalau sape-ii nak beli novel ni kena masuklah group Luahan Otak Kecil sebab kat situ kadang-ii ade orang jual/sewa novel ni  Apa-papun Acik you are the best (Y) ! 

Facebook group: Luahan Otak Kecil

Review Novel: Cinta Kontrak

Assalamualaikum.. Novel ni dah lama aku beli cuma baru sekarang nak wat review.. Jom scroll bwh utk baca lebih lanjuttt....

Sinopsis Cinta Kontrak:

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.


Review dari aku:

Novel ni memang best... Walaupn jenis novel ni sama macam sesetangah novel lain kahwin paksalah, diatur oleh family masin-masing, tapi bayangkan Airysha yang jenis brutal tinggal sebumbung dengan Danial yang ego. Mula-mula baca lepas Danial dengan Airysha dah kahwin, geram jugaklah sebab ego Danial tinggi macam KLCC.  Tapi yang bestnyee bila dyeorang dah pindah, Danial buat perangai manja dan kebudak-budakkan. Airysha jenuh nak layan perangai pelik suami dia tu. Setiap perkahwinan mesti ada dugaan kan? Macam tu jugak bila bekas awek Danial datang nak kahwin dengan Danial walaupun jadi isteri kedua. Nak tau Danial jadi kahwin ke tak? Kenalah beli..  

07 December 2013

Review Novel: Kahwin 6 Bulan Aje?!

Baru dapat novel ni petang semalam tapi terus baca. Excited sangatlah katakan. Ni antara novel yang aku minat sebab jalan cerite novel ni buat orang tertanya-tanya apa yang akan terjadi. Sebelum aku tulis review jom baca sinopsis novel ni.


Sinopsis Kahwin 6 Bulan Aje?! :


RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.


EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!


“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?” - Emir

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

Grrr… Lain?!” - Emir
“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - EmirItu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?


Review dari aku :

Kahwin 6 Bulan Aje?! karya keempat Anabella. Novel ni macam kisah novel lain jugak, kena kahwin paksa disebabkan ibubapa.Yang si Emir ni dah tangkap cintun dengan Ixuna. Dia sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan Ixuna tapi Ixuna tetap setia dengan tunangnya yang hilang, Alex. Tapi Emir dengan Ixuna kena tempuh banyak dugaan sebab Alex muncul. Memang menguji betullah. Aku baca ada bab yang gelak-gelak sebab perangai Ixuna dan bab nak kat habis tu memang sampai nangis sebab jalan cite sedih gila. Apapun aku puas hati dengan karya Anabella. Sape yang belum beli lagi novel ni mesti beli tau ! Good job sis !