30 December 2014

Drama: Teman Lelaki Upahan


Novel Teman Lelaki Upahan  karya Azura Rasiddin akan di didramakan dalam Slot Akasia (TV3). Drama ini akan diarahkan oleh Azma Aizaal Yusoof yang merupakan pengarah untuk drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Dijangka menemui penonton akhir tahun ini. Kita nantikan bersama-sama, segala informasi terbaru akan dikemaskini kelak.

Antara pelakon yang berkemungkinan membintangi drama ini ialah Nadia Aqilah sebagai Kyra Lydia, Aqasha sebagai El, Izara Aishah sebagai Zara, Fattah Amin sebagai Haidar dan Jasmin Hamid sebagai Datin Izzati.

JUDUL : TEMAN LELAKI UPAHAN 
TARIKH : 2014
SIARAN : Slot Akasia 2014
PENGARAH : Azma Aizaal Yusoof
TERBITAN : Primeworks Studio
PELAKON : Ezwan Lufti- Ungku Ismail Aziz

Kyra- Siti Elizad

Zarra: -Izara Aisha

Adam- Azma Aizal Yusoof

Camie- Izreen Azminda

Azlina- Fazlina Ahmad Daud

Fikrie Bakar- Haidar









SINOPSIS DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN 

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?



10 December 2014

Drama Zahira Full Episodes




Masa: Rabu & Khamis, 10 mlm
Barisan Pelakon : Adi Putra, Zara Zya, Ryzal Jaafar, Fazren Rafi, adik Nur Qistina Raisah, adik Habiel Lutfillah Durrani 

09 November 2014

Drama: Suami Sebelah Rumah


Sinopsis :

Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. 

Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.



“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?” Tentulah Amar sudi! 

Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak 

sekian lama! Gila nak tolak? Namun...


“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan 

orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.


“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan 

tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar. 


Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia 

memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat 

dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah

isterinya itu. 



Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk 

memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap 

serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan! 



Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu 

dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna 

masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan 

menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. 

Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang 

Doktor Amar itu dia yang punya. 


“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar


Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami 

sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!



Mula tayangan: 2 Mac 2015
Masa: Setiap Isnin-Khamis, 6.30 mlmJumlah Episode : 20
Barisan Pelakon : Ayda Jebat, Izzue Islam, Zulin Aziz, Sheery Alhadad, Hanna Aqella, Ben Amirr 

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20

TAMAT

05 November 2014

Drama Suamiku Encik Sotong Full Episodes



Sinopsis:

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica






Astro Ria & Maya HD
Masa: Isnin, 10.00 mlm

Barisan Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha, Erry Putra, Roy Azman, Lydiawati, Syatila Melvin, Zaidi Omar, Rosnah Johari 

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20

TAMAT

14 August 2014

Drama Kalau Itu Jodoh Kita

TV Alhijrah

Sinopsis :

Mempamerkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Akhirnya, Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna. Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka.

Tajuk: Kalau Itu Jodoh Kita
Channel : TV Al-Hijrah
Ganti: Walau Sedetik Cuma
Mula Tayangan : 12 Ogos 2014
Masa: [Setiap Selasa, 10 mlm]


Para pelakon: Qi Razali, Uqasha Senrose, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim



13 August 2014

Height Up Murah!

Assalamualaikum ..

HEIGHT UP dikenali sebagai Supplement Peninggi Badan No. 1 Asia kerana ia bertindak membantu menambahkan ketinggian badan secara semulajadi, diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi dengan menggunakan kaedah Nano Teknologi High Quality (KOREA BIO-Advanced Bone Development Techniques) dan terbukti mampu memberikan kesan peningkatan ketinggian 2-15cm ke atas.

Formula yang menjadi rahsia peningkatan ketinggian di kalangan warga Asia akhir2 ini yang sebelum ini banyak bertubuh rendah seperti di Korea, Jepun, Thailand dan Indonesia.

** Scientifically Researched & Proven Height Formula
** Kesan seawal SEBULAN, dengan peningkatan antara 2-5cm, bergantung tahap usia dan metabolisma badan pengguna
** Mendapat sijil HALAL, SIJIL RESULT POSITIVE DARI MAKMAL KKM, FDA dan HACCP bagi jaminan pengambilan tanpa was2, diuji selamat dan berkesan.
** WANITA HAMIL DAN MENYUSUI BAYI TIDAK BOLEH MENGAMBIL PRODUK INI.
** BAGI YANG MEMPUNYAI PENYAKIT KRONIK SILA MINTA NASIHAT DOKTOR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL PRODUK INI.

Kajian Juga Menunjukkan:
✔ Tubuh yang tinggi membuatkan seseorang itu kelihatan lebih berwibawa, anggun serta berketrampilan.
✔ Pelbagai jenis profesion (spt juruterbang, pramugari, tentera, polis, wartawan, model, artis, atlet olahraga tertentu, dll) mensyaratkan ketinggian badan yang minimum pada tahap tertentu. Tubuh badan yang rendah mempunyai peluang yang agak kecil dalam memilih pekerjaan.
✔ Lelaki bertubuh tinggi lebih mudah mendapatkan penghormatan & perhatian oleh wanita atau lelaki lain.
✔ Seorang yang bertubuh tinggi akan kelihatan lebih dewasa. Si adik yang bertubuh lebih tinggi dari kakaknya sering dianggap sebagai kakak.
✔ Dan banyak kelebihan yang lain bagi orang yang memiliki ketinggian yang ideal.

Perubahan boleh dilihat dalam masa 1 bulan (2-5cm) Tapi ia bergantung pada metobolisma dalam badan masing2, umur dan kesungguhan untuk tinggi. Satu lagi, berfikiran positif bahawa anda masih boleh tinggi kerana otak akan membantu badan kita menerima/bekerja.


1 botol mengandungi 120 tablet.
Penggunaan untuk 2 bulan

Harga asal

RM180 SM / RM190 SS

Harga PROMO!

RM150 SM / RM160 SS

Untuk yang berminat, sila contact
Darlina - 011 29229434 (Whatsapp/SMS)
Wechat ID - InaLia
DO NOT CALL!

Nombor akaun akan diberikan selepas confirm order :)
Maybank / CIMB

07 August 2014

Drama: Maaf Jika Aku Tak Sempurna Full Episodes


Siaran: Slot Akasia TV3 (Mengantikan Rindu Awak 200%) 
KARYA NOVELIS : Acik Lana

PELAKON: Fahrin Ahmad, Sara Ali, Zamarul Hisyam, Amy Mastura, Tasha Shilla, Shella Faeiz, Sabreena                       Ibrahim, Reza Hasbi, Ika Nabella 

Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?



08 July 2014

Drama Jauh Dari Cinta


Sinopsis:
NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.
"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"
"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."
"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"
Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.
"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."
"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!