03 November 2019

CARiNG Pharmacy and Nestlè Health Science - Live Well with Diabetes Public Forum


Sempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, CARiNG Pharmacy dengan kerjasama Nestlè Health Science telah mengadakan Forum Awam “Live Well with Diabetes” pada Sabtu, 2 November 2019 bertempat di Dewan Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana, Selangor Darul Ehsan.  Forum ini menekankan penjagaan kesihatan dalam aspek pegawalan pemakanan serta kesedaran mencegah dan mengawal penyakit diabetes.


Menurut laporan Kementerian Kesihatan pada tahun 2017, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dengan jumlah 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes. Angka ini membawa Malaysia kepada jumlah tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia. Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh juta rakyat Malaysia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025.



Forum awam "Live Well with Diabetes" telah dirasmikan oleh Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-bersama Cik Maria Rica Mier, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlè Health Science.



"Diabetis adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami, dan kami berbangga bahawa forum 'Live Well with Diabetes' ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perubahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan mereka," komen Pengarah Urusan CARiNG Encik Chong Yeow Siang berhubung kejayaan program cabaran tersebut.




peserta cabaran glucocare berkongsi pengalaman beliau sepanjang cabaran dijalankan

Antara tarikan utama forum ini adalah acara Cabaran Glucocare dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran selama tiga bulan  merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah berterusan dan perancagan pemakanan yang direka khusu yang turut mengandungi NUTREN® Untuk Diabetik keluaran Nestlè Health Science.

Para pengunjung diberi peluang untuk memahami dan mempelajari tentang peranan nutrisi dalam pengurusan diabetes menerusi stesen-stesen pembelajaran yang ditempatkan di serata dewan. Setiap stesen menempatkan satu tema spesifik untuk mendidik hadirin tentang pemakanan, nutrisi dan senaman.






CARiNG juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan farmasi kepada orang ramai iaitu Sistem Pengurusan Diabetes CARiNG (DMS). DMS merupakan sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah. Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakit- pesakit untuk menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna.

Untuk maklumat lanjut boleh layari

https://caring2u.com/

atau

https://www.nestlehealthscience.my/

14 October 2019

KARISMA XXVI 2019 UITM CAWANGAN SELANGOR

Assalamualaikum.  Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku untuk pertama kali nya aku main sukan wakil UiTMCT.  Tak pernah sebelum ni dalam sekolah aku main sukan wakil apa-apa pun. Hahaha.  So, sukan yang aku main ni namanya Petanque.  Maybe ada yang tak pernah dengar nama sukan ni 😂 sebab sukan ni tak lah popular macam bola sepak, bola jaring dsb.  Tapi sukan ni sampai peringkat dunia pun ada tau. Haaa jangan pandang sebelah mata ya hahahaha.  Okay, cerita dia macam ni.  Dalam bulan April/Mei ada satu pertandingan petanque kat uitm bukit besi untuk student uitm terengganu.  So, aku pun cuba lah join sebab nak hilang bosan((aku tak aktif masuk uitm))

Itu pertama kali aku main petanque seumur hidup hahaha.  Ada sebelum ni zaman sekolah tapi tu main ala kadar.  Tak pernah lah main untuk pertandingan.  Waktu pertandingan tu, memang aku main-main hahaha sebab aku nak have fun je and nak tambah kawan.  Rezeki aku and partner aku, kitaorang dapat tempat-3.  Dapat hamper! Yeay! Hahaha.


Aku dimaklumkan yang pertandingan tu diadakan sebab nak cari pemain petanque wakil UiTMCT untuk Karisma bulan Ogos nanti.  Btw, pemenang tempat johan dan naib johan memang budak karisma tak silap aku.  So, memang aku tak boleh beat diaorang lah kan?😂 So, aku pun lupa lah pasal Karisma sebab aku takde kaitan kan? Hahaha

Suddenly, awal bulan Julai, Prof aku call tanya nak tak main Karisma.  Aku macam terkejut and teruja sebab sukan ni bagi aku macam besar sebab yeah lawan satu Uitm seluruh Malaysia.  Aku pun setuju sebab peluang depan mata kan? Rugi kalau aku tak grab peluang tu.

Tuan rumah untuk tahun ni UiTM Puncak Alam.  So, aku gerak sendiri dari rumah terus ke uitm.  Latihan sendiri untuk team aku memandangkan semua dah ada kat rumah masing-masing.
Dari rumah aku ke uitm dalam 30-40 min macam tulah.

Atlit Karisma ditempatkan Kolej Rafflesia untuk wanita dan Angsana untuk lelaki.  Aku dapat kolej Rafflesia 6.







kolej rafflesia not bad. selesa jugak lah. yang paling best modem wifi depan bilik kitaorang, so memang puas hati lah😍



ni team petanque terengganu ❤


ni partner aku untuk kategori double wanita ✌

ni gegirl petanque terengganu 💕

ni suasana game petanque di uitm shah alam



Team aku dapat bawak balik satu pingat dalam acara individu lelaki. Take rezeki nak bawak balik pingat nak tunjuk kat mak abah hahaha. Ada rezeki main lagi, kita try hard. Jia you! (chaiyok) 😂 







01 May 2019

KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!




Assalamualaikum semua. Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti. Hari ni aku nak share sikit tentang kisah seorang OKU yang berjaya atas kesungguhan beliau. Beliau tidak menganggap kecacatan beliau sebagai alasan untuk putus asa. Aku betul-betul tabik dengan semangat beliau. Nak tahu siapa orangnya? Beliau ialah Khairul Nizam pengasas Jamumall.

Jom lihat video pengasas Jamumall ni. Walaupun tidak sempurna, tapi masih tidak berputus asa. Kita yang sempurna ini perlulah jadikan beliau sebagai contoh untuk berjaya.



Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!



Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

10 March 2019

Kokurikulum Semester 2 di UiTM Dungun

Assalamualaikum. 

Agak lama blog ni menyepi. Hahahaha. Maklumlah busy lah katakan. Acahh sangat. Hahahahah.

Well sekarang ni aku baru masuk sem 2 sebagai pelajar uitm dungun. Kali ni aku nak cerita sikit lah mengenai kokurikulum di uitm. Haa jangan ingat dah habis sekolah menengah koko dah takde yee.

Tapi jangan risau. Koko kat universiti memang berbeza dari sekolah. Okay meh sini nak share sikit.

Kat UiTM ni, koko diwajibkan untuk pelajar semester satu hingga tiga sahaja. Kalau ikut jadual koko aku kat UiTM Dungun ni, koko untuk pelajar semester satu hari Isnin
semester dua hari Selasa 
semester tiga hari Rabu

Berbeza dari sekolah yang macam aku cakap ialah kat sekolah kita stick to one kelab, permainan dengan badan beruniform kan.

Tapi kat UiTM, ada sesetengah kelab yang kalau kita join, next semester kita boleh tukar.

Contohnya aku amik kesatria negara untuk sem satu, masuk sem dua aku boleh tukar nak masuk kelab apa yang diaorang offer. Tapi korang hanya boleh tukar kalau amik kesatria negara untuk semester satu. Kalau korang amik kesatria kembara, then sampai sem tiga lah kekal dalam kelab tu. Haaa gitu.

Kesatria negara tu apa? Bagi aku lah. Kesatria negara untuk sem satu kami hanya belajar kawad. Thats all. Hahahaha. Dari pukul 5 sampai 6/7 macam tulah. Memang burn lah muka ye anak anak sekalian. Hahahahaha

Kesatrian kembara pulak yang aku tahu diaorang belajar dalam kelas, ade assignment. Tak silap aku lah. Based on kawan aku cerita. Kalau ada salah mohon betulkan ya.

Back to our topic, for those yang nak tukar kelab untuk sem dua, amiklah kesatria negara untuk sem satu ye.

Sekarang ni aku dah sem dua and aku amik kelab takraw. Hahahahaha. Ko hadoo? Tak pernah kan perempuan main takraw. Cuba benda baru bossku. So, aku pun masuk kelab tu.




See? Aku cakap yang benar sih? Setakat ni not bad lah sebab kitaorang yang gegirl ni just duduk tengok boboy main takraw. Haaa nampak tak rileks dia. Hahahahaha 

Kalau korang masuk sukan lain, haa adalah main nya. Bola baling, bola tampar  bola jaring  badminton dll. 

So itu saja lah yang aku share pasal kokurikulum untuk sem dua aku kali ni.