07 December 2013

Review Novel: Kahwin 6 Bulan Aje?!

Baru dapat novel ni petang semalam tapi terus baca. Excited sangatlah katakan. Ni antara novel yang aku minat sebab jalan cerite novel ni buat orang tertanya-tanya apa yang akan terjadi. Sebelum aku tulis review jom baca sinopsis novel ni.


Sinopsis Kahwin 6 Bulan Aje?! :


RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.


EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!


“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?” - Emir

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

Grrr… Lain?!” - Emir
“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - EmirItu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?


Review dari aku :

Kahwin 6 Bulan Aje?! karya keempat Anabella. Novel ni macam kisah novel lain jugak, kena kahwin paksa disebabkan ibubapa.Yang si Emir ni dah tangkap cintun dengan Ixuna. Dia sanggup buat apa sahaja untuk membahagiakan Ixuna tapi Ixuna tetap setia dengan tunangnya yang hilang, Alex. Tapi Emir dengan Ixuna kena tempuh banyak dugaan sebab Alex muncul. Memang menguji betullah. Aku baca ada bab yang gelak-gelak sebab perangai Ixuna dan bab nak kat habis tu memang sampai nangis sebab jalan cite sedih gila. Apapun aku puas hati dengan karya Anabella. Sape yang belum beli lagi novel ni mesti beli tau ! Good job sis !