Sinopsis :
Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila.
Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.
“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?” Tentulah Amar sudi!
Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak
sekian lama! Gila nak tolak? Namun...
“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan
orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.
“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan
tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.
Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia
memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat
dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah
isterinya itu.
Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk
memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap
serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!
Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu
dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna
masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan
menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula.
Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang
Doktor Amar itu dia yang punya.
“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar
Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami
sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!
Mula tayangan: 2 Mac 2015
Masa: Setiap Isnin-Khamis, 6.30 mlmJumlah Episode : 20