14 October 2019

KARISMA XXVI 2019 UITM CAWANGAN SELANGOR

Assalamualaikum.  Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku untuk pertama kali nya aku main sukan wakil UiTMCT.  Tak pernah sebelum ni dalam sekolah aku main sukan wakil apa-apa pun. Hahaha.  So, sukan yang aku main ni namanya Petanque.  Maybe ada yang tak pernah dengar nama sukan ni πŸ˜‚ sebab sukan ni tak lah popular macam bola sepak, bola jaring dsb.  Tapi sukan ni sampai peringkat dunia pun ada tau. Haaa jangan pandang sebelah mata ya hahahaha.  Okay, cerita dia macam ni.  Dalam bulan April/Mei ada satu pertandingan petanque kat uitm bukit besi untuk student uitm terengganu.  So, aku pun cuba lah join sebab nak hilang bosan((aku tak aktif masuk uitm))

Itu pertama kali aku main petanque seumur hidup hahaha.  Ada sebelum ni zaman sekolah tapi tu main ala kadar.  Tak pernah lah main untuk pertandingan.  Waktu pertandingan tu, memang aku main-main hahaha sebab aku nak have fun je and nak tambah kawan.  Rezeki aku and partner aku, kitaorang dapat tempat-3.  Dapat hamper! Yeay! Hahaha.


Aku dimaklumkan yang pertandingan tu diadakan sebab nak cari pemain petanque wakil UiTMCT untuk Karisma bulan Ogos nanti.  Btw, pemenang tempat johan dan naib johan memang budak karisma tak silap aku.  So, memang aku tak boleh beat diaorang lah kan?πŸ˜‚ So, aku pun lupa lah pasal Karisma sebab aku takde kaitan kan? Hahaha

Suddenly, awal bulan Julai, Prof aku call tanya nak tak main Karisma.  Aku macam terkejut and teruja sebab sukan ni bagi aku macam besar sebab yeah lawan satu Uitm seluruh Malaysia.  Aku pun setuju sebab peluang depan mata kan? Rugi kalau aku tak grab peluang tu.

Tuan rumah untuk tahun ni UiTM Puncak Alam.  So, aku gerak sendiri dari rumah terus ke uitm.  Latihan sendiri untuk team aku memandangkan semua dah ada kat rumah masing-masing.
Dari rumah aku ke uitm dalam 30-40 min macam tulah.

Atlit Karisma ditempatkan Kolej Rafflesia untuk wanita dan Angsana untuk lelaki.  Aku dapat kolej Rafflesia 6.







kolej rafflesia not bad. selesa jugak lah. yang paling best modem wifi depan bilik kitaorang, so memang puas hati lah😍



ni team petanque terengganu ❤


ni partner aku untuk kategori double wanita ✌

ni gegirl petanque terengganu πŸ’•

ni suasana game petanque di uitm shah alam



Team aku dapat bawak balik satu pingat dalam acara individu lelaki. Take rezeki nak bawak balik pingat nak tunjuk kat mak abah hahaha. Ada rezeki main lagi, kita try hard. Jia you! (chaiyok) πŸ˜‚