03 November 2019

CARiNG Pharmacy and Nestlè Health Science - Live Well with Diabetes Public Forum


Sempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, CARiNG Pharmacy dengan kerjasama Nestlè Health Science telah mengadakan Forum Awam “Live Well with Diabetes” pada Sabtu, 2 November 2019 bertempat di Dewan Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana, Selangor Darul Ehsan.  Forum ini menekankan penjagaan kesihatan dalam aspek pegawalan pemakanan serta kesedaran mencegah dan mengawal penyakit diabetes.


Menurut laporan Kementerian Kesihatan pada tahun 2017, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dengan jumlah 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes. Angka ini membawa Malaysia kepada jumlah tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia. Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh juta rakyat Malaysia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025.



Forum awam "Live Well with Diabetes" telah dirasmikan oleh Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-bersama Cik Maria Rica Mier, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlè Health Science.



"Diabetis adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami, dan kami berbangga bahawa forum 'Live Well with Diabetes' ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perubahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan mereka," komen Pengarah Urusan CARiNG Encik Chong Yeow Siang berhubung kejayaan program cabaran tersebut.




peserta cabaran glucocare berkongsi pengalaman beliau sepanjang cabaran dijalankan

Antara tarikan utama forum ini adalah acara Cabaran Glucocare dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran selama tiga bulan  merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah berterusan dan perancagan pemakanan yang direka khusu yang turut mengandungi NUTREN® Untuk Diabetik keluaran Nestlè Health Science.

Para pengunjung diberi peluang untuk memahami dan mempelajari tentang peranan nutrisi dalam pengurusan diabetes menerusi stesen-stesen pembelajaran yang ditempatkan di serata dewan. Setiap stesen menempatkan satu tema spesifik untuk mendidik hadirin tentang pemakanan, nutrisi dan senaman.






CARiNG juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan farmasi kepada orang ramai iaitu Sistem Pengurusan Diabetes CARiNG (DMS). DMS merupakan sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah. Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakit- pesakit untuk menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna.

Untuk maklumat lanjut boleh layari

https://caring2u.com/

atau

https://www.nestlehealthscience.my/