Asssalamualaikum. Hari ni aku nak cerita life aku dekat UiTM Dungun. Btw, aku daftar ni bukan lah terus mula semester 1. Sebulan stay kat sana then cuti 3 minggu. Bulan 9 nanti baru start semester 1. Sebulan yang aku stay tu, dipanggil minggu interim. Kiranya macam persediaan untuk pelajar baru untuk sesuaikan diri dengan suasan UiTM. Yelah, universiti dengan sekolah jauh berbeza! Kat uni lah korang kena explore sendiri tau. Kena berdikari lah cari dewan kuliah, makmal komputer, library and lain-lain.
Tapi, untuk tahun ni. Batch aku, takde Minggu Destini Siswa(MDS). UiTM lain ada je MDS ni tapi UiTM Dungun tak buat. So, kitaorang takde lah kena jerit dengan senior-senior yang ada. Hahaha. Takde lah, PANTAS SISWA! PASTAS SISWI! And kitaorang punya jadual banyak masa free. Haa, tu yang syok woo! Hahaha. Kalau based on kawan-kawan aku cerita seminggu MDS tu, memang barai habis mata. Tak cukup tidur. Sampai ke malam program nya. Tapi aku tak! Hahaha. Jadual aku sampai petang je then malam free.
Ada lebih kurangnya lah aku takde MDS ni. Lebih dia, waktu malam tu free. Boleh rileks lepak cafe, tengok tv. Tak kalut nak bangun pagi tu. Tidur pun cukup. Kekurangan dia, takde senior yang boleh guide kitaorang kat sana. Haa, yg ni memang mencabar jugak sebab UiTM tu kan boleh tahan besar and luas. Nak kena cari sendiri mana dewan, makmal, pejabat semua tu. Memang batch aku kali ni survive tanpa bantuan senior lah. Harapkan peta yang kitaorang dapat masa daftar or tanya staff yang ada. Tapi,
Haaa, bangga jap. Hahaha. Alhamdulillah dapat komen positif.
Ni peta yang aku dapat.
So, aku terus mula dengan minggu interim tapi ada selit jugak MDS dalam sebulan ni. Cuma MDS just ceramah dalam 2 jam or lebih then bersurai. TAPI, KEHADIRAN memang WAJIB.
Sekali lagi, aku bgtau, aku dapat course {BA118} Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau singakatannya OM. Course aku paling ramai perempuan. Total student dalam course aku maybe dalam 200 lebih. Kitaorang dibahagikan dalam 7 kelas. Setiap kelas ada dalam 30 orang. BA1181G. Tu nama kelas aku.
Classmates aku. Ada 3 kumbang jaa. Hahaha.
Untuk minggu interim, still ada assignment. Aku ingat takde. Hahaha. Modul Changemakers. Assignment yang kitaorang kena buat, bina satu prototaip untuk setiap tajuk yang kitaorang pilih. Haaa, memang kena kreatif, kerjasama semua ahli untuk buat benda ni. Kesimpulannya, kumpulan aku kalah. Sekian. Hahaha.
Modul yang kedua, Study Skill. Yang ni ada 2 assignment. First, kena buat video 10min tentang 5 tempat menarik di UiTM Dungun ni. So, alhamdulillah aku dapat kerjasama yang baik dari ahli kumpulan aku dan ada yang pandai bab ngedit-ii ni. Thanks gais! Btw, ni video kumpulan aku
Feel free to watch :D
Untuk minggu interim, still ada assignment. Aku ingat takde. Hahaha. Modul Changemakers. Assignment yang kitaorang kena buat, bina satu prototaip untuk setiap tajuk yang kitaorang pilih. Haaa, memang kena kreatif, kerjasama semua ahli untuk buat benda ni. Kesimpulannya, kumpulan aku kalah. Sekian. Hahaha.
Modul yang kedua, Study Skill. Yang ni ada 2 assignment. First, kena buat video 10min tentang 5 tempat menarik di UiTM Dungun ni. So, alhamdulillah aku dapat kerjasama yang baik dari ahli kumpulan aku dan ada yang pandai bab ngedit-ii ni. Thanks gais! Btw, ni video kumpulan aku
Feel free to watch :D
Yang kedua, kena buat portfolio. Sediakan satu fail kulit keras warna putih, then buat summary utk every week, letak semua bahan yang kitaorang dapat dalam kelas Study Skill. Portfolio kena hantar minggu terakhir interim. Kalau yang jenis tangan seni, memang warna-warni lah portfolio dia. Aku punya beshe beshe je. Hihihi.
Eh, lupa pulak. Kan UiTM Dungun takde MDS, so aku boleh tahan frust lah sebab tak pakai baju putih dengan kain hitam tu. Hahaha. Tapi bukan aku sorang je tau. Kebanyakan student kat sana pun memang frust. Yelah, dah bawak tapi tak pakai. Nasib baik ada jugak pakai baju tu. Dengan senang hati nya aku dengan kawan aku. Hahaha
Wawa n Wani
UiTM Dungun kan terkenal dengan pantai yang ada betul-betul kat depan UiTM. So, petang-petang aku melepak dengan kawan aku kat pantai. Atau korang boleh jog pagi-pagi tu. Udara pagi best woo!
Sekian sahaja cerita aku sepanjang minggu interim selama sebulan. Nak cerita panjang lebar memang takkan habis lah kan. Btw, doakan aku dapat anugerah naib canselor untuk diploma aku ni ya.